get this widget here

Kisah Hang Tuah, Hang Li Po Selama Ini Fakta Atau Auta?


hang tuah 4 Kisah Hang Tuah, Hang Li Po Selama In, Fakta Atau Auta?
Kalau sebelum ini Malaysia pernah dikejutkan dengan pengakuan seorang profesor yang mengatakan Malaysia tak pernah dijajah. Hakikatnya? Dan yang terbaru, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim mengatakan & membangkitkan pula sebenatnya Hang Tuah, Hang Li Po tidak wujud sama sekali dan selama ini kita semua dimomokkan dengan mitos semata-mata. Benarkah sehingga begitu sekali?
Hang Tuah & Hang Li po satu nama yang cukup popular dalam sejarah kita selama ini. Sebenarnya sebelum daripada Tan Sri Khoo Kay Kim mengutarakan isu di mana beliau mengatakan sebenarnya Hang Tuah & Hang Li Po tidak wujud, sebenarnya sudah lama kebanyakan pengkaji & pencita sejarah Malaysia terus berbincang & mempertikaikan di mana-mana platform merujuk kepada kebenaran sebenar disebalik kewujudan kedua-dua nama besar tersebut.
Hikayat Hang Tuah ditulis oleh Tun Seri Lanang 100 tahun selepas kematian Hang Tuah. Yang jadi persoalannya sekarang setakat mana kebenaran sejarah itu sangat dipertikaikan. Hakikatnya, kebanyakan sejarah Melayu itu sendiri dicedok dan diambil daripada Hikayat Melayu yang ditulisnya. Jadi pada pendapat kami, tidak dapat dinafikan besar kemungkinan ada tokok tambahnya dalam penulisan sastera lama untuk mengambarkan betapa gahnya sesuatu empayar/sultan/raja pada masa itu. Mungkin?
Berdasarkan kenyataan Tan Sri Khoo Kay Kim, menampakkan sejarah kita sendiri agak carca-merba daan tunggang -langgang sehingga rakyat Malaysia dilihat hilang jati dirinya.
Suka atau tidak, ramai kalangan “rakyat Malaysia” yang menjadikan hang Tuah sebagai “role model” disebabkan semangatnya, ketangkasannya, keberaniannnya dan paling penting sikap patuh tanpa sebarang pertimbangan kepada pemerintah pada masa itu. Berdasarkan pembacaan kami sebelum ini & sedikit kajian yang dibuat  :
makam hang jebat Kisah Hang Tuah, Hang Li Po Selama In, Fakta Atau Auta?
(Makam Hang Jebat di Jongker Walk, Melaka)
  1. Puteri Hang Li Po hanya merupakan salah seorang anak pembesar dari China pada masa itu, merupakan pembesar yang sama  dengan tempat di mana Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam
  2. Berkenaan soal Hang lima bersaudara. Yang ada cuma Hang Jebat, Hang kasturi dan Hang Lekir sahaja.
  3. Buktinya kubur mereka di tengah-tengah bandar Melaka. Makam Hang Tuah yang terletak di Tanjung Keling itu menurut orang dulu-dulu, asalnya hanyalah kubur seorang ulama terkenal pada masa itu.
  4. Dan sebenarnya yang berlawan di istana bukannya Hang Tuah dengan Hang Jebat tetapi pertarungan yang sebenarnya adalah di antara Hang Kasturi dengan Hang Jebat
  5. Apa pendapat anda pula? Sila kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah ini nanti?
makam hang tuah Kisah Hang Tuah, Hang Li Po Selama In, Fakta Atau Auta?
(Makam hang Tuah di Tanjung Keling, Melaka)

Ramai yang berbanggapan yang sejarah Hang Tuah ditulis oleh Tun Sri Lanang itu hanyalah propaganda supaya walaumacammana zalim sekalipun raja pada masa itu, raja itu patut dipatuhi. Ini secara logik jika berdasarkan penyampaian sejarah Hang Tuah itu sendiri. Sesuatu yang pelik tetapi itulah yang cuba digembar-gemburkan :
  • Walaupun sudah dihukum bunuh pun masih lagi setia kepada sultan yang zalim?
  • Adakah memang wujud pahlawan seperti ini pada masa itu?
  • Pelik?
Sejarah Hang Tuah secara faktanya yang kita ketahui hari ini dikatakan berada dalam rekod Tun Sri Lanang. Walaubagaimanapun, sejarah itu hanya ditulis semula lama kira-kira 100 tahun selepas zaman Hang Tuah. Sedangkan sejarah Puteri Hang Li Po pun tidak dicatatkan dalam sejarah Dinasti Ming itu sendiri. Pelik bukan? Jikalau benarlah apa yang digambarkan Puteri Hang Li Po sebelum ini sebagai berketurunan raja :
  • mengapa nama beliau sebegitu penting tidak dicatatkan & dinyatakan dalam sejarah China
  • jikalau tiada dalam rekod sejarah mereka, pasti ada yang tidak kena. Melainkan, ia hanyalah……………………….
Yang menjadi persoalan sekarang, adakah Tun Sri Lanang:
“Menulis sejarah berdasarkan sedikit fakta daripada kehidupan sebnar dan menokok tambah dengan bantuan imiginasinya?”
P/S : Apa pendapat anda pula tentang kebenaran disebalik sejarah Hang Tuah yang disampaikan sebelum ini secara turun-termurun?
Baca Lagi Berita Berkaitan Di Bawah Ini :

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...