get this widget here

Mi segera bukan penyebab kanser



MI segera termasuk yang dijual dalam cawan disahkan Kementerian Kesihatan sebagai bukan penyebab kanser. 

KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.

Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.

Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang(CAP) antara yang paling lantang memperjuangkan pengharaman penggunaan bahan sodium dalam mi segera.


SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...