get this widget here

Cara Untuk Mencari Arah Kiblat

Panduan mencari arah kiblat ada beberapa cara... cara yang mudah adalah seperti cara2 di bawah...

Ada beberapa cara.

Yang pertama sila ke laman web http://www.qiblalocator.com/ ia ada menunjukkan cara untuk kita mengetahui dimana arah kiblat dengan menaip kawasan rumah kita. Ia seperti google earth.

Qibla Locator atau penunjuk arah kiblat antara lain dibuat oleh Ibn Mas’ud dengan menggunakan peranti lunak aplikasi Google Maps API v2, sejak tahun 2006. Teknologi ini  dikembangkan oleh  Hamed Zarrabi Zadeh dari Universitas Waterloo di Ontario, Kanada.

Dengan Qibla Locator yang berbasis Google Earth ini dapat diketahui arah kiblat dari mana pun kita berada. Untuk mengetahuinya, kita cuma meletakkan lokasi tempat kita, , alamat atau nama jalan,pos code, dan negara atau garis lintang dan garis bujur di di  kotak atas tuh.

Maka di sisi kanan gambar peta akan muncul besaran arah kiblat atau kabah dan jaraknya dari posisi lokasi yang kita masukkan.

Untuk tahu cara yang lain. boleh rujuk di video youtube di bawah ini. Ia ada menyatakan cara, kaedah yang lain selain menggunakan kompas, seperti arah matahari terbenam, kayu tegak, bintang orian (ketika malam).


Selamat mencuba.


Dalam pada itu juga, sebagai pengetahuan tambahan. Bagaimana cara untuk mengetahui masuk waktu solat dan waktu sembahyang ketika di tempat yang kita susah untuk mencari arah kiblat contohnya di hutan belantara, atau di laut bagaimana perlaksanaanya boleh rujuk di video di bawah oleh ustaz harun din.




Bagaimana nak tahu masuk waktu solat, kiblat dan arah kiblat?

Dalam keadaan- keadaan yang luarbiasa, dimana pada waktu ketika itu kita tidak tahu mana arah kiblat Kita dikehendaki supaya beriktihad (berusaha dengan apa sahaja sedaya upaya) apa yang ada berpandukan kepada matahari, yakin telah masuk waktu sembahyang contohnya waktu subuh, terdengar bunyi ayam berkokok, ataupun waktu zohor kita tengok sudah gelincirnya matahari (matahari melepasi tegak.


Ketika di laut.

Nelayan yang sedang dalam sampan lautan. Ketika bermula takbiratul ihram, hendaklah menghadap kiblat. Kemudian selepas takbiratul ihram, maka terpulanglah kepada keadaan selepas itu, kerana keadaan dalam darurat. Itulah cara kita sembahyang dalam kenderaan yang bergerak dan berpusing.


Kaedah menggunakan kayu tegak.


Pacakkan sebatang kayu yang tegak (objek yang lurus)  di tempat tanah yang rata, ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Maka lurus bayang akan membetulkan arah kiblat.


INFO FALAK :
Matahari akan berada dalam keadaan tegak ke arah kaabah dalam dua kali setahun. Fenomena yang berlaku seperti ini, merupakan peluang untuk kita mengetahui arah kiblat, membetulkan arah kiblat sebelum ini.

28 mei , pukul 5:16 PM (petang)
16 Julai, pukul 5:28 PM  (petang)
Tarikh ini sesuai untuk di malaysia sahaja.


Adakah arah kiblat tempat sembahyang kita tepat? Mungkin ini salah satu usaha yang boleh kita semua mengetahui ilmu falak yang sedikit sahaja sebenarnya dan ada pendapat mengatakan mengambil konsep matahari terbenam tidak tepat. Banyak alternatif lain yang boleh kita pelajari.



SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...