get this widget here

16 ciri-ciri lelaki soleh


Anda perempuan? Belum kahwin? Sedang mencari calon suami? Apakah kriteria penting yang anda tengok pada seorang lelaki untuk dijadikan calon suami? Kehenseman? Keberhartaan @ kekayaan? Kerja mesti bagus? Kereta mesti besar? Mesti grad oversea? Gaji mesti tinggi? Atau apa….?
Bukanlah tak boleh memilih lelaki yang memiliki semua ciri itu. Tapi bukankah lebih penting bagi anda untuk memilih LELAKI YANG SOLEH?

lelaki soleh

Apa kata anda baca dan teliti betul-betul info di bawah ini. Cari lah lelaki yang soleh untuk dijadikan suami anda. Sebab lelaki soleh adalah kunci kebahagiaan rumahtangga anda kelak. Percayalah. Hanya lelaki yang soleh mampu memberikan anda kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Siapakah dia lelaki soleh?

Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :
  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah
lelaki yang soleh

Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh. Sekarang, cuba check, ada atau tidak ciri-ciri ini pada pasangan anda?
Kepada kaum lelaki (khusus saya sendiri), mari periksa diri… dimanakah kita? Sudah cukup soleh kah…?
Ya Allah,semoga aku diberi kekuatan dalam mencapai semua ciri-ciri ini…amin.

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...