get this widget here

Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?






Sebenarnya tindakan penerima bantuan baucer buku RM200 1Malaysia (BB1M) ini menjual dengan harga yang lebih murah dipelbagai platform di internet, semata-mata bagi mendapat tunai dengan segera, sebenarnya sudahpun berleluasa. Merata-rata iklan jual semula baucer buku ini boleh dilihat di Internet. Wajarkah? 

Baucer Buku RM200 1 Malaysia : Statistik & InfoRingkas

  • Baucer buku ini diberi kepada setiap pelajar yang mana mereka akan menerima sebanyak 4 keping (setiap keping RM50) bersamaan dengan RM200
  • Tempoh tamat penggunaan baucer buku RM200  : 31 Mac 2012
  • Kerajaan dah belanjakan sekitar RM300 juta untuk bantuan Baucer Buku RM200 1Malaysia
  • Lebih 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara yang dapat manfaatnya
  • Pemberian berdasarkan pembentangan Bajet 2012
baucer buku rm200 1 malaysi Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
Selepas beberapa lama berlangsung “meriah” disebalik penjualan semula baucer buku tersebut, baru-baru ini Berita Harian tampil mendedahkan perkara ini :

Baucer Buku RM200 1 Malaysia : Pelajar IPT Salah Guna Kemudahan Yang Diberikan? 

Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M
PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. (Sumber : Berita Harian)

Baucer Buku RM200 1 Malaysia : Wajar Atau Tidak Tindakan Mereka Ini?  

Bagi kami nak salahkan pelajar IPT pun tidak boleh juga. Ada kalangan boleh terima bantuan dalam bentuk baucer, ada kalangan lain pula lebih suka menerima dalam bentuk tunai. Asalkan bantuan tersebut tidak digunakan untuk tujuan yang “tidak senonoh”, itu sudah cukup baik.
Jikalau benar mereka menggunakan bantuan yang telah diberikan untuk tujuan-tujuan yang tidak berfaedah (pelajar IPT kami rasakan lebih bijak menilai baik dan buruk), mereka sendiri yang “rugi”. Bantuan baucer buku RM200 ini pun telah diberikan, pilihan akhirnya ditangan mereka untuk memanfaatkannya.
“Sedangkan ada kalangan yang dapat bantuan puluh ribu, ratus ribu apatah lagi jutaan ringgit pun boleh diseleweng.”
Mungkin ada yang beranggapan kalau kerajaan berikan dalam bentuk wang tunai, dikhuatiri wang tunai tersebut digunakan ke arah yang tidak elok, tetapi kami fikir dalam hal ini kita harus lebih berfikir secara positif berbanding negatif semata.
Sukar untuk dikawal sebenarnya. Rata-rata yang kami perhatikan harga yang ditawarkan antara RM140-RM150 pun ada.
baucer buku1 Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
P/S : Bagi kami, pemberian bantuan baucer buku RM200 1Malaysia (BB1M) adalah salah satu usaha yang baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan kalau boleh bantuan sebegini tidak terhenti setakat ini atau sekadar “bermusim” sahaja tetapi perlu dipertingkatkan lagi daripada segi penambaikan sistem pengagihannya dan peruntukkan bantuan dipelbagaikan lagi. Insyaallah.
PP/S : Apa pendapat tentang kewajaran kalangan pelajar IPT ini yang dikesan menjual semula bantuan baucer buku RM200 1 Malaysia (BB1M)?

UPDATE : Baucer Buku RM200 1Malaysia Jika Dijual, Pelajar Dihukum Penjara, Sebat & Denda!!

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong  Baucar Buku RM200 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
Adakah Anda Merupakan Penerima Baucer Buku?
  •  
  •  
  •  

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...