get this widget here

Doa Mohon Zuriat Keturunan Yang Baik ( Warisa Terbaik )




          1)         “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )


          2)         “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)



     3)    “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)



* Coretanku

Kepentingan Doa

Dunia adalah negeri perhiasan dan kesenangan dalam keinginan dan kefanaan. orang yang berangan-angan pasti akan gagal. Kecuali orang-orang yang soleh dan sentiasa berdoa kepada Rabb supaya diberikan KEBAIKKAN dunia dengn keselesaan hidup, kiranya dapat menjalankan segala kewajipan dengan baik dan sempurna. Mereka juga sentiasa memohon kepada Allah SWT rezeki yang baik dan keturunan yang baik-baik


. Doa (1)
 adalah doa para nabi untuk memohon zuriat keturunan yang baik sebagai penyambung warisan terbaik.

Seseorang hamba yang akan naik darjatnya di syurga setelah dia wafat (meninggal) disebabkan oleh DOA anaknya yang soleh dan solehah. Doa yang baik adalah apa yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita seperti disebutkan di dalam Quran


(surah Ai-isra: 24) “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa (2)
 merupakan satu permohonan kepada Rabb yang bagi saya adalah penting sebab doa tersebut bukan saja minta kepada Allah agar memberi kekuatan kepada diri kita tetap mendirikan solat, malah untuk zuriat kita. Zuriat itulah pewaris, moga doa amalan tersebut akan menjadikan pewaris kita adalah warisan yang terbaik di dunia dan akhirat. Doa tersebut juga adalah penting sebab solat merupakan PENGHULU segala AMALAN jika solat kita baik, maka baiklah semua amalan kita tetapi jika solat kita tidak berkualiti, maka amalan yang lain juga tidak berkualiti.  Moga dengan amalan doa ini seharian, akan menjadikan kita dan zuriat kita tetap mendirikan solat…. ameennn…

Doa (3)
 ini adalah doa yang telah diketahui ramai akan kebaikkannya khususnya untuk pasangan dan zuriat kita iaitu memohon agar pasangan juga zuriat kita menjadi penyejuk hati kita juga ikutan orang-orang yang bertakwa… pasangan mana yang tidak mahu keharmonian dan ketenangan dalam rumahtangga masing-masing… dengan amalan doa tersebut  moga Allah memberikan pasangan dan zuriat penyejuk hati kita dunia dan akhirat…

“Apabila mati manusia maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan orang dan anak yang soleh/solehah yang mendoakannya” (HR Muslim)

Sama-sama mendidik zuriat kita walaupun terpaksa bersusah payah disepanjang mendidik mereka… pasti berbaloi juga usaha kita… dua kali Allah SWT nyatakan dalam Surah Al-Insyirah iaitu: “tiap-tiap kesukaran itu akan ada kemudahan (kebaikkan)” … moga kita mendapat rahmat dariNYA selalu…

ameennn yaa Rabbal alamin…


SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...