get this widget here

Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei)


rosmah shopping Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei)
Kalau sebelum ini akhbar utama di Australia iaitu Sydney Morning Herald mendedahkan yang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor boros ketika shopping di Sydney Australia. Tak cukup dengan itu…
Satu lagi portal berita utama di Singapura turut membuat liputan berita dan mengulang semula dakwaan sebelum ini yang mana Rosmah Mansor boros ketika shopping sehingga RM320,000. Portal berita tersebut turut mengangkat semula gelaran “The First Lady of Shopping” untuk Rosmah Mansor.
rosmah mansor shopping Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei)
(Sumber : AsiaOne)
Walaubagaimanapun, kelmarin Rosmah Mansor tampil menafikan semua dakwaan tersebut :
  • “Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.
  • “Saya selalu menjadi mangsa,” katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.
Dalam pada masa itu, sebuah lagi portal berita yang berpengaruh di Brunei iaitu BruDirect turut dikesan sama-sama membuat liputan berita mengenai isu ini.
rosmah mansor boros shopping Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei)
(sumber : BruDirect)
Malah, portal Brudirect lebih “ke hadapan” dengan membangkitkan semula beberapa persoalan-persoalan & dakwaan sebelum ini yang dihadapi oleh Rosmah Mansor. Antaranya :
Dalam pada itu, kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery terus mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor boros shopping ketika “percutian” beliau di Sydney, Australia
“FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
“Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh,” kata Hornery dalam Twitternya
rosmah mansor2 Berita Rosmah Mansor Boros Shopping Terus Dilaporkan AsiaOne (Singapore) & BruDirect (Brunei)
(Sumber : Twitter Hornery)
Sebenarnya bagi tidak cukup dengan hanya Rosmah Mansor menafikan sahaja. Jika Rosmah Mansor benar-benar memikirkan beliau “sedang dianiyai” ketika ini dipersilakan mengambil tindakan undang-undang ke atas kolumnis dan pereka baju anda sendiri yang mula-mula “membuka cerita” mengenai anda. Bersihkan diri anda. Dan, kami fikir mereka juga sudah “bersedia” menghadapinya.
P/S : Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Jika anda (Rosmah Mansor) dipihak yang benar, mengapa tidak melakukannya?
PP/S : Tetapi, jika Rosmah Mansor terus mengambil sikit setakat hanya menafikannya, terpulang.

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...