get this widget here

Mendidik Anak-anak Adalah Suatu Tuntutan Islam





Pendidikan Anak - Anak




1.0 Muqaddimah

Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :  

al-anfal-28.jpg

 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  


 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?

Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 


3.0 Rahsia Mendidik Anak-anak.

Di sini saya akan mengupas sedikit sebanyak rahsia mendidik anak-anak daripada pengalaman dan juga pemerhatian saya. Saya akan mengupasnya dengan sedikit ilmu yang ada pada saya melalui pembacaan, kuliah-kuliah, perbincangan dan sedikit pemerhatian. Mungkin ada sedikit kelemahan kerana ia tidak dibuktikan dengan sebarang kajian dan penyelidikan. Apapun saya ingin berkongsi dengan pembaca. 


3.1 Sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh

Berkaitan berdoa ini, kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa
 dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi : 

as-shafaat-100.jpg  

Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
[As-Shafaat :100] Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang berbunyi:

as-shafaat-101.jpg 
  
Maksudnya : “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101] Dan banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang saya tidak letakkan dalam risalah ini. Doa merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika anda bekehendak anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan. Anda akan dapat tahu natijahnya. 


3.2 Memelihara pendengaran dan penglihatan anak-anak

Rahsia pertama ialah kita sebagai ibubapa mesti mengawasi penglihatan ataupun pandangan anak-anak dan pendengarannya sejak dalam kandungan dan selepas dilahirkan.Pandangan saya ini berpandukan satu firman Allah SWT yang berbunyi :   Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaanmendengar dan melihat Di dalam ayat-ayat al-Quran Allah SWT selalu mendahulukan “pendengaran” dan dipadankan dengan “penglihatan”. Jika diamati mengikut kajian sains semasa hari ini, semasa dalam kandungan, antara organ yang pertama terbentuk ialah telinga kemudian disusuli dengan mata. Telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat. Disebabkan itulah disunatkan kepada setiap bapa mengazankan anaknya disebelah telinga kanan dan diiqamahkan disebelah telinga kiri apabila anaknya dilahirkan. Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar daripada perut bumi dan akan menjadi salah seorang penduduk bumi. Setelah beberapa hari, bayi mula membuka matanya buat kali yang pertama. Alangkah indahnya jika sewaktu dia membuka mata buat kali pertama, matanya memandang kepada kebesaran Allah SWT. Saya terfikir untuk menunjukkan bayi saya jika lahir nanti dengan al-Quran. Agar kekal dalam ingatannya bahawa al-Quran menjadi panduannya. Jadi pada anggapan saya apa yang dilihat dan didengar buat kali pertama merupakan satu perkara yang besar bagi anak-anak.


3.3 Mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas

Seorang ibu dan seorang bapa semestinya menyambut bayi mereka dengan penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi sejak anaknya dalam kandungan, ibubapa mestilah ikhlas untuk mendidik anak-anak. 



3.4 Mengetahui tujuan manusia diciptakan dan dilahirkan

Pemahaman dan pengetahuan tujuan Khalik menciptakan manusia mestilah difahami dan dihadam oleh para ibubapa. Bagi pandangan saya, apabila ibubapa mengetahui tentang penciptaan manusia maka akan mempengaruhi cara kasih-sayang kepada anaknya. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain daripada mengabdi kepadaKu” Maknanya jelas di sini ialah tujuan penciptaan diri kita, anak kita dan keturunan yang mungkin tidak sempat kita temui masa yang akan datang ialah satu tujuan. Tujuannya ialah untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.  Lantaran daripada kefahaman inilah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW menangis apabila mengetahui masih ada anaknya yang tidak syahid dalam perang Jihad Fisabillillah. Inilah hati dan seorang ibu yang mempunyai aqal dipandu oleh wahyu bukan dipandu oleh nafsu.

  
3.5 Memastikan sahabat karib anaknya 


4.0 Cabaran pendidikan anak-anak di zaman moden

Satu hal yang amat penting diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Hari ini, rangkaian television, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan.


5.0 Penutup 

Betapa pentingnya kita mengetahui ilmu untuk mendidik anak-anak dan rahsia untuk mendapat keturunan yang sholeh dan sholehah. Hanya abdi mereka kepada Khalik semata.      



SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...