get this widget here

Apa Itu Enjin Carian? Maklumat Mudah Mengenainya




search engine optimization (seo)
  1. Apa Itu Enjin Carian
  2. Contoh Enjin Carian
  3. Bagaimana Enjin Carian Bekerja?
  4. Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?
  5. Daftar URL Website/Blog

Apa Itu Enjin Carian?

Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian.
Contohnya bila cari keyword pada enjin carian resepi kek coklat mudah“, entry Resepi Kek Coklat Moist Moist Kukus Cara Mudah blog ini terdapat di first page SERP tapi kedudukan yang ke 9. Namun tak semua enjin carian adalah sama konsepnya. Sesetengah enjin carian hanya akan mengindeks tajuk nama post sahaja manakala sesetengah lagi akan mengindeks kandungan sesebuah post entry.

Contoh Enjin Carian

Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Antara 3 contoh enjin carian yang paling banyak digunakan dan disukai oleh ramai kerana mesra pengguna adalah Google, Yahoo dan Bing.

Bagaimana Enjin Carian Bekerja?

Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses.
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data.
Nak mudah faham cuba imagine, seekor labah-labah (spider enjin carian) datang merayap-rayap ke atas makanan korang (blog). Sudah tentu labah-labah ni akan merayap di segenap makanan dan makan bahagian makanan disukai (maklumat dan isian blog). Segala makanan ini akan tersimpan ke dalam perut dan diproses (pelayan enjin carian). Dah siap proses, segala makanan akan dikeluarkan dalam bentuk najis (apabila saat diperlukan iaitu carian keyword dari enjin carian, segala data ini akan diperlukan dan tersenarai dalam SERP). Sori najis tue saja nak bagi contoh yang mudah ye.

Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?

Apabila pelayan menerima maklumat, ia akan membuat indeks berdasarkan sesebuah laman web. Indeks adalah simpanan enjin carian tentang sesebuah laman web. Korang boleh periksa laman web sudah diindekkan atau belum dengan menaip URL blog di enjin carian. Contoh yang blog saya taip: www.ciktom.com pada enjin carian dan cari dimana kedudukannya.
Jika ada hasil carian (perkataan berkaitan dengan kandungan laman) bermaksud laman tue sudah diindekskan dan akan muncul pada SERP. Jika tidak menemui laman web masing-masing pada muka pertama SERP, jangan bimbang kerana berkemungkinan blog itu ada tersenarai dalam hasil carian cuma berada di muka belakang iaitu ke 2, 3 dan seterusnya.

Daftar URL Website/ Blog

Jika kita mahu blog diindekskan oleh enjin carian, kita perlulah mendaftarkan alamat blog dalam senarai enjin carian yang terdapat di internet. Ini bagi memudahkan lagi proses mengindeks blog korang.
Contohnya, seperti kita nak masuk belajar di mana-mana sekolah atau  IPT, kita perlulah mendaftar segala maklumat mengenai diri kita sendiri terdahulu. Selepas mendaftar, barulah segala maklumat kita tersenarai dalam rekod IPT tue. Apabila berlaku apa-apa, segala maklumat peribadi mengenai kita akan senang dicari atau di indeks.

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...