get this widget here

Bila Kanak Kanak Boleh Berpuasa





Sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:


“Diangkat pena itu kerana tiga perkara:Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa,orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makna ‘diangkat pena’ itu adalah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semulajadi manusia.

Namun, kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud )
Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti solat. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini. Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada solat. Terpulang kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa,bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya, dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang berikutnya selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh dan ditaklifkan berpuasa, tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir sebelum ini. Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecik lagi dengan adab Islam dan kewajipan –kewajipannya.

*Yusuf al-Qaradhawi, Fatawa al-Mu’asarah, Jld.1, Dar al-Salam, Kaherah, 1990

SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...