get this widget here

Reaksi Bila Mengalami Gangguan Seksual


“Hari tu ada seorang akhawat kita naik bas kat Kaherah, lepas tu ada laki arab mark dia.. Tiba-tiba waktu nak ganggu tu tersilap target, terkena kepada seorang ustaz melayu yang kebetulan ada dalam bas tu..” Cerita Sulaiman membuatkan kami rasa geli hati.
Saya tersenyum. Zuhdi dan Ibrahim turut mendengar bersama.
“Kawan ana hari masa nak mai Tanta, dia naik bas lepas tu berhimpit-himpitlah.. Kebetulan ada Makcik arab nak dekatnya, waktu lalu dia tak pusingkan badan mengadap tempat lain, jadi bergeserlah. Makcik tadi langsung marah dia sampai malu, satu bas dengaq!..” Sulaiman menambah lagi, ceritanya membuatkan kami tak mampu menahan ketawa.
Astaghfirullahal Azim.
Sememangnya wanita Mesir sifatnya mudah berang terutamanya jika melibatkan soal gangguan seksual. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri seorang wanita Mesir menengking lelaki yang tidak sengaja tersentuh kepalanya.
Namun, ada sesuatu yang lebih merunsingkan saya berbanding cerita itu.
Realiti berlaku di sini, mahasiswi Malaysia samaada dalam bidang Pengajian Islam ataupun Perubatan seringkali menjadi sasaran gangguan seksual lelaki tidak bertanggungjawab. Perkara ini bukanlah sesuatu khabaran yang baik untuk telinga menghadamnya. Ya, maruah dan emosi seharusnya menjadi topik untuk dianjakkan ke hadapan meja bulat perbincangan.


Naluri sexsual

Hakikat kejadian manusia itu semenjak azali mempunyai naluri untuk berpasangan dan seksual. Dalam bahasa arabnya ia dipanggil gharizah an-nau’ iaitu suatu bentuk naluri manusia untuk melestarikan jenis dan keturunan yang manifestasinya berupa dorongan seksual. Firman Allah SWT menguatkan lagi fakta:

“Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kalian mengingat akan kebesaran Allah. Allah menciptakan kalian dari tanah, lalu dari air mani, kemudian Dia menjadikan kalian berpasangan (laki-laki dan perempuan).”  (Fathir: 11).

Begitulah penciptaannya, rasa cinta dan dorongan untuk berpasangan itu adalah fitrah dan lumrah kejadian manusia. Nabi Adam a.s merasa kesunyian di syurga kerana bersendiri, Allah SWT Maha mengetahui lalu diciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya agar menjadi pendamping menenangkan jiwa dan sanubari.
Namun begitu sewajarnya kita mengetahui akan sesuatu aturan. Bagaimana keadaan jika seorang rakyat jelata apabila mengadap pemerintah di Istana? Tentu sekali pelbagai protokol dan aturan menjadi guide linenya. Begitu juga halnya dalam memiliki seseorang wanita, dan wanita ingin mendampingi seorang lelaki. Tetap sahaja ada aturan dan syariat untuk membatasi pergaulan itu.
Seorang lelaki yang waras dan bijak tidak akan redah Istana dengan lagak gaya manusia yang sakit jiwa. Begitu juga seorang pembeli permata berlian tidak akan merampas barangan itu dengan kekerasan melainkan membayar harga barangan itu dengan ketetapan akad jual beli.
Seorang wanita yang mengerti juga tidak akan merelakan tangan-tangan durjana sesuka hati menyentuh dirinya tanpa ikatan yang jelas.
Ar-Rijal Qawwamuna Alan Nisa’
Hati terkadang merasa kecewa teramat sangat bila kaum sejenis melanggari fitrah ini. Di manakah maruah kelakian anda jika kelakuan anda seperti pondan dahagakan pelanggan? Sungguh, mengetap gigi kegeraman bila mendengar cerita-cerita sumbang seperti itu!
Kedahsyatan apa yang menimpa lelaki sehingga wanita baik juga menjadi sasaran tak bermata? Apakah itu suatu hobi yang waras bagi kamu wahai lelaki? Mahu saja menghadiahkan segegenggam buku lima percuma agar lelaki begitu mengerti tingginya langit, dalamnya dasar lautan.
Kata Allah SWT dengan kalimah yang agung:

 “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..” (An-Nisa’: 34)

Lelaki dijadikan oleh Allah SWT dengan tanggungjawab memimpin rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Ini termasuklah menjaga wanita dan anak-anak kecil. Lelaki bukan dijadikan untuk mencabul wanita dijalananbukan dijadikan untuk meng’skodeng’ anak dara bermandianbukan jua dijadikan untuk merogol wanita sesuka hati persis bintang karnivor kelaparan daging selama berbulan-bulan.
Bila membicarakan hal ini, saya langsung teringat pada lembaran sejarah terlakar. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada kita bagaimana baginda telah membela nasib wanita muslimah yang dimalukan oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa’. Dikhabarkan bahawa seluruh Bani ini telah dihalau dari Madinah oleh Rasulullah SAW setelah dikepung selama 15 hari.
Begitu juga apabila seorang muslimah di kota Amuria di sempadan Iraq dan Syam, menjerit meminta pertolongan kerana kehormatannya dinodai oleh seorang pemimpin Rom. Jeritannya didengari oleh Khalifah Mu’tasim yang terus memerintahkan angkatan tenteranya. Sumber sejarah menceritakan bahawa panjangnya bala tentera itu terlihat bila kepalanya terletak di Amuria dan ekornya masih di Baghdad. Mereka menyerang bukan sahaja pelakunya tetapi kerajaan Rom sekaligus. Akhirnya, kemenangan diraih oleh pihak umat Islam dan pihak Rom tumpas dengan penuh kehinaan.
Nah, ini lelaki sejati wahai kawan!


Lampiran sejarah silam dan syariat Islam tidak sama sekali meletakkan taraf wanita sebagai bahan gangguan seksual dan tempat melempias maksiat. Apakah mereka tidak sedar yang ibu mereka seorang wanita yang melahirkan manusia? Nenek mereka juga seorang wanita?
Kesan Emosi Wanita Dan Cara Mengelak
Ternyata disebabkan stereotaip yang negatif ini mengundang emosi yang begitu mendalam terhadapa para wanita. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami sexual harassment akan memendam perasaan tersebut dan menyembunyikan pengalaman dahsyat itu sehingga menyebabkan terjejasnya kualiti hidup.
Bagi mengelakkan perkara ini berpanjangan, sentuhan kaunseling dari hati ke hati menjadi pengubat duka yang membarah di dalam jiwa. Tetapi bagi saya ianya tidak memadai hanya sekadar kaunseling sahaja seandainya pihak lelaki jahat itu masih bergentayangan.
Kerana dasar usikan nakal begitu tetap sahaja akan berterusan memandangkan naluri seksual lelaki tidak akan terpadam selagi mana tidak ‘mati pucuk’ dan mati jasad.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dinasihatkan kepada para wanita harus melaksanakan apa yang di dasari oleh syarak sebaik mungkin. Garis panduannya mudah, hindarkan tempat yang mencurigakanelakkan bersendirian,hendaklah menutup auratelakkan berpakaian menjolok matahindarkan keluar bila mentari menghampiri senja dan yang paling penting berikan tindak balik reflek apabila wujud anasir-anasir durjana.

Pokok pangkalnya, langkah MENCEGAH lebih baik daripada MENGUBATI.






SUKA BLOG NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...